Saturday, January 29, 2011

Tiada Kata Secantik Bahasa




Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda
Tiada gambar secantik lukisan
Nak ku tunjuk perasaan
Oh... dinda puspa gemala
Mengharum jiwa
Hmm...
Oh... dinda puspa gemala
Mustika kanda...
Walau musim berubah
Suasana bertukar
Tapi ikatan mesra
Sikit pun takkan longgar
Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda
(Tan Sri P. Ramlee / Jamil Sulong)
gubahan semula oleh monoloque
video

TRIPS KE TERENGGANU...






Terngganu nih merupakan salah satu Negeri dalam Malaysia nih yang aku teringin sangat nak pegi. Kebetulan Cuti Raye Tahun Baru Cina nih, aku tak balik kampung. jadi aku ami keputusan la ikut kawan aku blik kampung dier kat Kuala Terngganu.

Hari ni, aku dah jalan sikit-sikit kat Kuala terengganu nih...aku ngan member aku Kerool g Mydin. Baru jer sampai semalam dah kena buang duit nak ganti charger aku yang dah uzur tu. Sampai-sampai jer kat rumah member aku terus rosak charger..PTPTN aku baru jer masuk..alahai..dah la hutang berlambak..

Tapi tak pe la, janji aku sampai sini dan dapat tengok negeri orang..Petang tadi aku ngan member aku gi beli charger yang rosak seperti yang aku gi tau kat atas tu. Habis RM80 aku..Pastu, member aku nih g ajak aku jalan2 kat pantai batu buruk sekejap. Sebenarnya agenda utama nak gi buang benda yang patut jer pun kat tandas awam tu..hihihhi..Alang-alang dah jcamtu, terus dier ajak aku gi jalan2 kat tepi pantai tu..best jugak sebab aku jarang lepak2 tepi pantai nih..Dengan ombak yang besar dan angin yang kuat..sejuk tu..

Terlupa plak pagi tadi aku g makan nasi dagang ngan keluarga kerool kt Pantai Batu Buruk. Pengalaman pertama aku makan nasi dagang, aku ingatkan nasi dagang lauk ayam..rupe nyer lauk ikan tongkol..hahhahah..aku tak makan makhluk tu dalam idup..tapi nk wat camner, Allah nak bagi aku rase..sedap lah..hikhikhik

so, setakat nih jer la dulu citer aku..nanti sambung gi...hikhikhik